Thursday, 19 September 2013

"Hidup dalam kehijauan membawa kepada kesihatan dan kerahmatan"

D' Rimba Flora!!

SeronOk mengambil angin di taman yang dikelilingi kehijauan. Gandingan tumbuhan tropika dan replika haiwan menghadirkan pemandangan menarik mewarnai pemandangan tamannya. Segenap sudut dan ceruk halaman menyerlahkan kesungguhan dan kreativitinya mengadunkan tumbuhan dan unsur replika.


Tumbuhan tropika diketengahkan menerusi pokok berdaun merangkumi paku pandan,tanduk rusa,paku pakis, pony tail, chinese fan , palma,pegaga, simpuh air, kiambang dan heliconia yang menguasai hampir 90 peratus pembentukan lanskap.


Tumbuhan tropika mudah diperolehi dan tidak cerewet dijaga serta mampu menghasilkan suasana teduh.


 
                     
                                   Terdapat pelbagai tumbuhan tropika yang hidup subur di taman saya.


Curahan air yang keluar daripada mulut tembikar tanah liat menghadirkan suasana tenang dan mendamaikan.Pandangan mata turut disejukkan dengan tumbuhan hijau merangkumi teratai, pegaga air, paku pakis, dan salad air yang ditanam dalam pasu dan kawasan sekelilingnya.



Bunga yang menjadi penyeri taman yang serba hijau. Mudah dijaga, lasak dan tahan penyakit menjadi pilihan selain mudah didapati.



                             Itik ,arnab ,biri-biri antara sebahagian unsur yang menjadi penyeri taman.


Rekaan air pancutan dengan replika ikan yang menyegarkan suasana hijau yang damai serta memberikan ketenangan.


  
                                                                   Bonsai dan Tiger Orkid


                                   Antara tumbuhan tropika yang menghijau di landskap D'Rimba Flora.


Kehijauan di Belakang Rumah!




Kehijauan di belakang rumah juga di ambil berat. Rimbunan tumbuh-tumbuhan tropika yang hijau menyimbangi landskap yang saya usahakan. Kehijauan memberi kesenangan dan kesegaran. Pokok yang disusun di atas para dan digantung diatap adalah jenis yang mudah dijaga.


Setiap ruang boleh dimanfaatkan, Contohnya selain pasu diletakkan diatas para yang dibina saya juga menggantung pasu-pasu bunga yang ringan dibahagian atas/atap.



Walaupun pokok-pokok ini jenis yang tahan daya ketahanannya, perlu juga sesekali kita membelai, trim dan memberi air yang secukupnya, dapat juga kita menghabiskan waktu yang terluang dengan perkara yang sememangnya kita minat.






Hiasan Hijau Bahagian Tepi Rumah








Bahagian Depan Rumah





Sekali- sekala kami melakukan aktiviti dihujung minggu dengan membersihkan halaman rumah dan taman kami bagi mengeratkan lagi silaturahim.

Elemen Air


Gemersik bunyi tarian air yang berkonsepkan Bali memberi ketenangan dan kelengkapan bagi sesebuah landskap itu. Seperti terapi diri yang dikelilingi dengan kehijauan yang baik untuk minda, landskap saya juga tidak ketinggalan untuk menyuntil elemen air didalam taman saya.



   Suasana yang damai dan kehijauan untuk bersantai di hujung minggu bersama-sama keluarga.

Setiap Ceruk Rumah di Manfaatkan Ruangnya.



                                     
                                                Kicauan burung yang mempersonakan taman.

                           
                              Jenis tumbuhan ini sesuai diletakan diatas meja sebagai hiasan juga.



                                         
                                             Antara tumbuhan yang terdapat di taman saya.


                                           Ruang pagoda untuk bersantai seisi keluarga.



             Halaman rumah saya adalah halaman rumah teres dua tingkat (lot tepi). Teratak saya terletak di Kg. Raja Uda, Klang Selangor. Justeru itu, sesiapa pun boleh memiliki taman idaman, tidak semestinya memerlukan ruang yang besar sahaja. Segalanya terletak pada kreativiti sendiri untuk menghiasi taman idaman walaupun mempunyai ruang yang terhad.

             Segala yang dipaparkan terdapat di taman saya, jika sesiapa yang ingin memiliki bunga atau tumbuhan tropika yang ada boleh menghubungi saya, kerana saya ingin menjual dengan harga yang berpatutan.

Asmah @ Fauziah
017-6340152.